Pages

Saturday, July 27, 2013

Kenangan lalu.

Percaya atau x aku dulu lepas sambung belajar tu ada buat macam-macam kerja. Salah satunya kerje opis.
Al kunun2nya la. Berangan sekejap masuk novel-novel melayu yang jumpa pasangan dia dekat opis. Cett...podaaah..

Padahal sumanya kawan cina tak ada pun mamat melayu ala-ala novel tu hah. Memang musnahlah impian giler aku time tu. kikiki..

Tau tak dulu bila depan camera aku mana pandai senyum. Tak suka bergambar plus memang tak pandai langsung plak tu nak posing gaya retis. Tapi ada sorang ni ajar aku untuk semua ni. Untuk senyum jela tak de plak dia ajar posing..haiyooo...korang ni pun imaginasi lebih kurang aku gak..

To you my dear friend.. Xie Xie..
And sure i miss my memory back then..love u.. <3

Bergambar ngan kak Fiza.


Fatin, kak Fiza dan kak Siti


Bestmate's ever, Kelly 


Front Desk, Joanne


Front Desk, Willbya


Office mate..^_^


Aku tak tipu. Rindu our moments tau.

P/s : Terukkan gambar aku?But this is our farewell pic and party since aku last day kerja at Engtex Sdn Bhd.


Monday, July 22, 2013

Malaysia vs Chelsea

Fuyoo..ada orang lamar aku tgk bola beb..ak pun bagai pucuk dicita ulam mendatangla..haha..
Excited tu adalah cikit yelah tak pernah pergi stadium kan. This is the first time. Jangan jeles uolls..hik3..gediks plak i..

Memula perasaan nk pergi tu xde la sangat. Jual mahal dulu sekeping dua. Ye la baru putus cinta la katakan. Kang i mengaku i femes and meletops kang ada yang nak terjun bangunan plak..hak3..tak pelah even not cintan cintun time so kita enjoy!!!


Game sedang berlangsung.


Saje mengatal suka-suka dok dalam stadium bila stadium sunyi.


Besarnya. Masa ni batak jap. haha


Kecik je aku kan kat dalam stadium ni. Tq tukang amek gambar. Hehe


Selpie dulu semasa menunggu ketibaan yang berhormat. Wakaka..

p/s : Keputusan perlawanan?? tak payah bagitahu dah boleh agak kan.. =P

Thursday, January 17, 2013

Encik bulan

Malam ni nak jiwang sekejap la..hehe. Putus harapan. Ye, itu yang aku rasa sekarang. Bersedih untuk orang yang kita cintai sedangkan dia belum tentu jadi milik kita. Air mata, perasaan sayang dan masa semua macam tak kekal je. Serius aku dah penat. 

Seseorang pernah cakap kat aku, if one day kau ditinggalkan orang tu la yang rugi. kau perfect apa. Boleh memasak, mengemas, manja, pandai, banyak cakap, kreatif, romantik, pandaila jugak berbelanja ni. Apa yang xde cakap ckit..kakaka...kembang semangkuk aku dibuatnya. Tapi bila pikir-pikir balik betul juga apa yang orang tu cakap. (perasan lagi..hehe). Kenapa aku nak sedih-sedih kalau dia bukan untukku. Aku kan ada Allah, mesti ada sebab dia pisahkan kami so kenapa tak bersangka baik pada Allah..

Aku akan menunggu dan terus menunggu. Sebab aku yakin encik bulan aku pun tengah menunggu aku. So, sekarang persiapkan diri untuk jadi yang lebih baik. To be a super wife, good mother and best worker. Apa ingat aku tak boleh buat ke. Just wait and see. Ini ain qienalah. (kata-kata semangat, berkobar-kobar). Hehe..


                               " Cik bintang''
                              " Ye En bulan."
                              " I love u."
                              " I love u too."

Ececece..sweetnye(berangan je tu..muahahaa)...Tiada siapa layak jadi En bulan aku melainkan husband aku je. so, not simply use for couple before married dear. Sorry.



Saturday, January 12, 2013

Aku yakin aku juga akan temui bahagia aku

Assalamualaikum...


"I could never think i will ever get u..but now when i have got you im afraid to lose you.."- fik,my couzy.

"Can't stop smile thinking bout u... insyaAllah..  "- her gf

"Dye panggil saya budekk. Iyee saya bahagiaa. #Afham hamm hamburger. Kuikuii"- my fren,gurl.

"Hai syg.. ^^ "-my fren, boy.

"I >>>----- ♥♥♥ ---> U "-my fren, boy

AQ : haila kowang, cepat2 la kawen..huhu 

Bila tengok orang lain satu persatu melangkah bahtera perkahwinan dengan cinta hati mereka, sesuatu mula rasa dalam hati. Bila tengok dah beberapa tahun bercinta tapi masih lagi bahagia hati mula terdetik. Bila masing-masing tak malu ungkapkan ayat cinta walaupun kat public, hati terasa sesuatu. Mereka hadapi pelbagai dugaan dalam hidup mereka tapi cinta mereka tetap kekal dan mekar. 

Mustahil aku tak ada perasaan apa-apa tengok keadaan-keadaan tu. Ya, aku ganas tapi hakikatnya aku seorang perempuan. Ya, aku memang x matang, tapi aku masih lagi manusia yang ada hati dan perasaan. Tipu sangat kalau aku cakap "haha, aku ok.".. "enjoylah dlu..". Ayat nak sedap hati je tu. wowowo...




                    Ayat yang bagi aku perangsang dan semangat..^^.. tq Allah

Hehe..Perlahan-lahan aku telan hakikat yang aku perlu bersabar dan terus bersabar sebab aku yakin aku akan temui kebahagiaan aku. Dan aku yakin dengan Tuhanku..^^




Sempurna

"Ibu, abang tak faham bahasa yang budak bisu tu cakap. dia nak apa nta."

" Gunalah bahasa isyarat untuk cakap dengan dia. dia tu faham apa yang kita cakap sebab pakai alat cuma tak boleh nak bercakap je." sayu. Itu perasaan aku masa mereka berdua membincang hal tadi. Kita susah sangat untuk berasa syukur dengan apa yang kita ada. Lagi-lagi bila tengok orang yang cantik-cantik, pandai-pandai, kaya raya dan perkataan pertama yang terbit pada hujung bibir kita "kalaulah aku macam tu...". Memang lumrah manusia suka lihat sesuatu yang lebih daripada mereka tapi kita tak pernah nak tengok orang yang kurang dari kita.

Kadang-kadang kita perlu lihat orang yang kurang dari kita bukan atas dasar mengutuk dan sebagainya tapi untuk kita belajar bersyukur dengan apa yang kita ada. Bila tengok orang yang kurang seperti bisu, buta, pekak, down syndrom, mental retard timbul satu rasa sayu. Sure diorang tak nak dilahirkan sebegitu. 

Jadi hargai dan hormati mereka. Sesungguhnya mereka memag teramat istimewa..



Monday, January 7, 2013

Awan-awan impian



Assalamualaikum...

      Setiap orang ada impian tersendiri. Macam tu jugak dengan aku. Kali pertama aku menjejakkan kaki di tanah KUIS, aku mula rasa perasaan excited yang teramat. Bukan sebab dapat belajar kat situ tapi disebabkan course yang aku ambik. Walaupun masa kecik sampai amek spm, bila cikgu tanya pasal cita-cita memang tak terlintas pun aku untuk jadi nurse. Keadaan yang rumit dan mendesak akhirnya aku terpaksa memilih untuk menjadi seorang jururawat. Tak pelah asalkan tak perlu jadi cikgu. Hahaha..


Masuk-masuk je dah kena buli. aiseh. Taaruf pulak. memang hati aku menyumpah seranah manusia yang pandai-pandai buat taaruf ni. Dan aku ditempatkan kat bilik yang langsung tak ada sesiapa. Giler tak?? Nasib baiklah aku ni seorang yang berani. Puih (konon-konon). Lagipun tiga hari je pun menderita. Apa ada hal.

       Lepas taaruf kolej ada taaruf fakulti pulak. Aisey. Mula-mula je tarik muncung tapi lepas jumpa abang-abang senior terus semangat membuak-buak. Haha. Teruk! Dia. Ye dia. Orang yang bagi aku semangat untuk dapatkan 4 flat what matter it is. Aku ingat tu. 

      Masa taaruf fakulti ni part yang paling best bagi aku adalah wat persembahan. Kitorang kena wat lakonan so aku wat dialog dan jalan ceritanya. Kena wat berdasarkan satu quote ni tau tapi aku da lupa quote tu. Ceritanya mengenai sebuah keluarga yang hidup susah. Ada 3 orang anak. Seorang yang baik, seorang yang kurang ajar dan sorang lagi kuat terpengaruh. Sangat kelakar dan aku pegang watak perempuan yang dating ngan anak yang kurang ajar tu. Haha. dan yang paling best, kitorang menang lakonan tu. Weeee..~

       Masa ni aku sedar yang aku perlu berjuang berhabis-habisan untuk mencapai awan aku ni. Sekali sudah melangkah aku takkan menoleh dan berpatah balik. Whatever the risk. 
        
        

                                   Awak, jom kita capai awan sama-sama.